
Kisah Di Sebalik
Kerepek Mastuki
Kerepek Mastuki bermula sebagai perniagaan keluarga pada tahun 1991 di Parit Sulong, Batu Pahat
Johor. Produk utama yang dihasilkan adalah ubi pedas basah yang menjadikan kerepek ini sebagai
produk utama. Dan hasil jualan dari ubi pedas basah ini, dapat membina sebuah kilang sekaligus dapat
menubuhkan sebuah syarikat iaitu HJ MASTUKI SUPPLIER & TRADING SDN.BHD.
Kerepek Mastuki merupakan pengeluar, pembekal dan pemborong pelbagai jenis kerepek dan kuih raya.
Dengan pembungkusan moden yang bersih dan berkualiti, Kerepek Mastuki komited membawa rasa
tradisional ke seluruh Malaysia melalui pasaran fizikal dan atas talian.